Selamat malam semua...Entri kali nie nak share mengenai kaedah Power Pumping..Jujurnya saya pernah melakukan kaedah ini dahulu..Ingat lg masa tue, susu sy drop tetiba jd hanya 2oz shj per session..Mmg gundah gulana hati sbb lebiasaannya rezeki Sofea tak pernah kurg dr 5oz per session..Alhamdulillah bila contact my BFF, Aini, dia sarankan bt PP nie..Sy pon carila kat Mr Google kaedah ini..Ok, khas buat ibu2 di luar sana...
Apa itu
Power Pumping?
Merupakan
teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan
teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah
utk meniru bayi menyusu secara tidak langsungmeningkatkan bekalan susu ibu.
Siapa
yang perlukan Power Pumping?
1. Ibu
yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk
rangsang penghasilan susu
2. Ibu yg
ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3. Ibu
yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat
drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.
Kaedahnya?
Untuk
Single pump / hand expression – pam sebelah kanan 10 minit, kemudian kiri
10 minit, tukar semula ke kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10 minit
berterusan selama sejam.
Untuk
Double Pump –
Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat 10 minit, sambung lagi pam
10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.
Disarankan
buat power pumping ni sekali sehari, seelok-eloknyanya waktu malam ke subuh,
pengeluaran hormon lebih tinggi pada tinggi waktu ni.
Power
pump di hujung minggu Ada
juga ibu yang fokus mengepam pada hujung minggu dengan melakukan power pumping
pada setiap sesi mengepam. Buat selama 2 hari sepanjang weekend, dan kembali ke
rutin biasa sekembalinya bekerja (weekdays)
Berapa
lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
Power
pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu! Walaupun pada hari
pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata-mata,teruskan misi
sehingga mendapat hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan
tawakal, insyaAllah dipermudahkanNya.
Tips umum
mengepam
- Bagi
yang muslim, cuba tidur awal, bangun pagi untuk powerpumping. Selain pumping,
anda boleh mulakan pagi anda dengan solat sunatterutamanya tahajjud dan
kemudiannya teruskan dengan powerpumping. Ketenangan hati & minda akan
membuahkan hasil yang lebih :)
- Jika
anda mengambil galactagogues (milk booster), pam dalam jangka masa 45minit ke
1jam selepas pengambilannya
-
Letakkan gambar / blanket / bayi anda disebelah untuk mudah dilihat, Ini
membantu ransangan
- Tandem
nursing. Biarkan bayi menyusu di sebelah, manakala sebelah lagi mengepam
- Pam
sebaik sahaja selesai menyusu. Kajian menunjukkan bayi tidak menghisap 100%
susu semasa menyusukan. Jadi, mengepam selepas menyusukan membantu breast untuk
dikosongkan dan menghasilkan lebih susu
- Pum
setiap 2-4jam sekali
- Be
kind to yourself : apa sahaja amaun yang diperolehi, bersyukurlah &
senyum. Jangan terlalu memaksa diri. Konsisten, pasti hasilnya lebih baik
:)
-
Sentiasa rekod amaun susu yang diperoleh bagi setiap sesi/ hari
supaya anda dapat monitor progress dan cuba meningkatkan amaun dengan pelbagai
strategi lain :)
No comments:
Post a Comment