Saturday, 8 December 2012

PANDUAN PEMAKANAN YG BAIK SEMASA MENGANDUNG



Berikut merupakan panduan yang boleh diamalkan buat ibu2 yang mengandung di luar sana. Panduan ini jugalah yang saya hamilkan ketika mengandungkan  Sofea yg saya dapat pengetahuannya dari Diari Hamil. Di sini saya kogsikan sedikit apa yang amalkan dahulu yer..

Jangan mengurangkan jumlah makanan semasa hamil . 
  
Pertambahan berat badan merupakan satu tanda yang baik dan sihat buat ibu hamil (tetapi bukan pertambahan berat badan yang melampau2 yer ibu2) Waktu hamil ini bukanlah waktu yang  terbaik untuk kita menguruskan badan sebb bayi di dalam kandungan kita memerlukan zat yang mencukupi dari kita. Jadi, kalau ibu2 di luar sana berdiet semasa hamil ( diet yang tidak betul) akan menyebabkan ibu2 mengalami kekurangan vitamin, dan mineral2 lain yang penting buat masa ni.

Makan dengan jumlah kecil tetapi kerap 

 Selalunya pada trimester yang pertama, morning sickness (muntah dan mual) akan berlaku. Pada waktu ini, saya selalunya akan makan dlm kuantiti yang sedikt tetapi kerap, contohnya Biskut mesti ade selalu di sisi. Boleh diakatakn setiap 4jam sekali saya akan pastikan makan sikit, sebab saya seorang mengalami muntah yang sgt teruk pd trimester 1 ini. Saya gagahkan diri makan juga selepas saya muntah, sebab saya tahu, walaupun saya tak rasa lapar, baby dalam kandungan saya memerlukan makanan yang mencukupi. Pada waktu ni jugak saya akan cuba hindarkan makanan pedas ( merupakan kegemaran saya sebelum mengandung) dan berminyak.

Minum air yang cukup                                                                        

 Tahukah anda, 33% pertambahan berat badan sewaktu hamil adalah dari berat air.Jadikan pastikan ibu2 mengambil sekurang2 nya 8 gelas air sehari. Air masak yer, bukan air manis2 tue..Ini kerana, air akan mengatasi masalah sembelit sewaktu hamil. Air ini juga akan memastikan suhu badan kita terkawal. Jadi ibu2 janga takut2 nak minum air masak yer sbb pentingnya kepada bayi yang kita kandung adalah untuk menghasilkan sel darah merah bayi bg system peredaran darahnya.
Banyakkan makanan berserat, buah-buahan dan sayur-sayuran Seeloknya dimakan 4kali sehari. Sayur boleh dimakan setelah dimasak ataupun secara mentah. Sayur2 ini termasuk sayur2 hijau (bg meningkatkan hb) Buah-buahan sitrus untuk sumber vitamin C. Selain itu, buah-buahan dan sayur-sayuran ini untuk mengatasi masalah sembelit yang sering berlaku sepanjang tempoh kehamilan.

Ubahlah cara makanan yang kurang baik 
                                            
Semasa mengandungkan Sofea, saya seboleh2 nya cuba menghindari makanan fast food. Kalau teringin pun saya akan mengambil dalam jumlah yg kecil portion nya. Yag lain saya akan minta ayah Sofea habiskan. Hehehe..ketika hamil ini, diet kita mestilah mengikut diet pemakanan ibu hamil . ketika ini, kepeluan protin, kalori (untuk tenaga), vitamin dan mineral seperti asid folic penting untuk perkembangan baby. Kekurangan salah satu nutrient boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi yang di kandung.

Amalkan vitamin ibu hamil secara teratur 

Sememangnya diakui makanan yang kita makan merupakan sumber yang paling baik. Tetapi adakah kita yakin dengan diet kita tu cukup vitamin yang diperlukan terutamanya asid folic dan zat besi? Saya tahu saya tidak yakin, dengan mengalami loya yang teruk sehingga masuk trimester 2, saya memerlukan vitamin untuk menampung keperluan nutrient bagi memastikan pertumbuhan bayi yang sihat. Semasa hamil secra ringkas kita memerlukan protein, karbohidrat dan lemak, serta vitamin dan mineral yang mencukupi untuk memastikan perkembangan janin berkembang dengan baik. Ibu2 boleh memilih untuk membekalkan bayi yang dikandung ibu2 itu mendapatkan vitamin yang dibekalkan pihak hospital, yang dibeli di farmasi ataupun vitamin semulajdai (elakkan sintetik)

Pilihan saya semestinya Vitamin Ibu Hamil Semulajadi Shaklee 


Ingatlah, kedua ibu bapa hendaklah mendapatkan sumber rezeki dari punca halal, kerana benih yang akan melahirkan anak itu adalah dari darah dan daging. Manakala darah dan daging itu pula datangya dari bahan makanan. Jika berasal dari sumber yang tidak halal, maka tempatnya neraka dan kalau itu berlaku maka usaha pendidikan mungkin tidak akan memberikan kesan  kepadanya.

No comments: