Friday, 25 January 2013

Sup Pasta UNTUK ANAK



Masa: 20 minit
Hidangan: 2 orang
Bahan-bahan:
  • 50gm pasta yang sudah siap direbus
  • 50gm isi ayam (dipotong kecil)
  • 1 biji kentang bersaiz sederhana (dipotong kecil)
  • 1 biji lobak merah bersaiz sederhana (dipotong dadu)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 1sm halia (ditumbuk)
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya untuk membuat sup
Cara membuatnya:
  1. Masukkan air, bawang putih, bawang merah dan halia ke dalam periuk bersaiz sederhana. Biarkan mendidih.
  2. Kemudian, masukkan pula isi ayam, kentang dan lobak merah. Kacau dan biarkan sehingga kesemua bahan empuk.
  3. Selepas itu, masukkan pasta dan garam. Kacau lagi dan biarkan seketika.
  4. Siap untuk dihidangkan.

Pilihan di tangan anda..Nak susu berkualiti?susu xmeriah?nak milk booster sahaja?


Saya ingin mengulas tajuk BOLEHKAH SI IBU AMBIL ALFALFA SAHAJA SEPANJANG PENYUSUAN. ni tajuk yang banyak dishare di blog geng2 shaklee...hmm...jika kami ni berniat hanya ingin menjual..pasti kami hanya memberi apa yang anda inginkan...atau kami menjual segala vitamin dari huruf a ke huruf Z......tidaklah wujud breastfeeding set shaklee (mengandungi 4 vit yg asas disamping tambahan2 lain) yang disyorkan oleh group kami......tetapi tujuan kami ingin ingin meng-educate dan berkongsi pengalaman bersama ibu2 diluar sana..tidak terhad kepada meng-distribute vitamin2 Shaklee sahaja... kerana saya ingin ibu2 tahu kepentingan setiap vitamin ..apatah lagi dizaman moden kini yang mana kita tak dapat memenuhi keperluan lengkap semua zat dan vitamin dalam makanan seharian...
saya tak nafikan..terdapat segelintir ibu yang hanya mahu mencuba ALFALFA Shaklee kerana menganggap mereka hanya memerlukan ALFALFA sahaja dalam menjayakan penyusuan. Persoalannya , bolehkah hanya mengambil Alfalfa/ESP sahaja dan apakah kesannya dengan mereka yang mengambil vit2 asas yg disyorkan iaitu Multivitamin@Vitalea, B complex dan Vitamin C?..... Cuba lihat 2 kes ini (credit to kak N)

KES 1 (hanya mengambil alfalfa)~~Jika hanya bergantung dengan alfalfa sahaja masih boleh menghasilkan susu dengan banyak kerana sifat ALFALFA itu sendiri iaitu sebagai agen yang membantu badan stimulate milk dengan lebih cepat. Sebab itu mereka yang mengambil 2 biji alfala pasti akan merasakan perbezaan ketara apabila pengambilan ditingkatkan kepada 6 biji sehari iaitu 2 selepas makan pagi , 2 selepas makan tengahari dan 2 selepas makan malam. Si ibu akan merasakan susunya cepat bengkak terutama apabila pengambilan air yang banyak serta sesi perahan yang konsisten setiap 2-3 jam sekali. NAMUNmalangnya pada satu tahap si ibu itu akan merasa sangat letih dan mulalah datangnya sifat moody, mudah mengantuk bila pulang kerja(tidak mampu bertahan buat kerja rumah), kedinginan terhadap seks dek kerana mengantuk dan keletihan yang melampau. Ini kerana si ibu hanya tertumpu kepada pemakanan yang membanyakkan susu. Maka badan akan memaksa menghasilkan susu sebanyak mungkin tidak kira apa jua keadaan si ibu. Risikonya pula jika si ibu tidak membuat perahan sehingga mengosongkan payudara, susu tersumbat atau nama lain clog duct mudah berlaku.

KES 2 ~~(si ibu itu mengambil vitamin secara lengkap didalam trial pek breastfeed).. Sudah pasti ini dpt memenuhi keperluan tubuh badan ibu seterusnya badan sihat dan dapat menghasilkan susu dengan lebih baik. Pada dasarnya vitamin ini ibarat minyak pelincir kepada kereta. Jika sesebuah kereta itu dijaga penyelenggaraannya (maintainance), minyak hitam berganti, minyak sentiasa banyak...maka sudah pasti kereta itu dapat dipandu dengan lancar, tanpa ada hembusan asap hitam dan tiada tersengguk-sengguk macam orang yang sakit. Sama dengan keadaan si ibu yang menjaga pemakanannya maka jika badannya sihat, moodnya ceria, sentiasa bertenaga , bersemangat dan membuat sesi perahan yang konsisten...sudah pasti dengan izin ALLAH susu akan terhasil dengan baik mengikut keperluan bayi tadi

mari kita lihat kandungan yang ada dalam set Breastfeeding
a   a) Vita-Lea Iron Formula/multivitamin(lengkap dgn zat besi)~~~Dilengkapi dengan kesemua vitamin beserta zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah.Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

b) B Complex~
Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantikberseri, tidak kusam.

c) Vitamin C~~Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susu ibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit ibu dan bayi makin bersih, cerah & cantik.Vitamin C membantu pembentukan kolagen

d) Alfalfa~~Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat. Ianya bergantung kepada keperluan badan si ibu.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas) dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pd bayi..susah nak kena kembung.
Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan.
Maka si ibu punya pilihan iaitu
1. Hanya memastikan susu terhasil dengan banyak tanpa mengira kepentingan kesihatan di si ibu itu sendiri..yakni hanya concern onn quantity....
ATAU
2. Mengambil vitamin yang seimbang dengan keperluan ibu supaya ceria dan bertenaga disamping menghasilkan susu dengan lebih baik dan mengkayakan nutrisi dalam susu ibu. Si ibu concern on quality and later thought about quantity.
Jika masih ada yang bertanya, do i need supplement?Jawapannya terletak pada diri kita kerana hanya kita sahaja yang tahu bagaimana gaya hidup seharian kita...Bak kata Kak N....~~"mungkin ada orang kata dia tak perlu supplemen sebab belakang rumahnya ada kebun sayur-sayuran, ada kebun buah-buahan yang bersih dari semburan racun, ada reban ternak ayam dan itik maka tak makan ayam inject dan dapat makan telur ayam kampung bila-bila masa...so tak perlu supplement .....so memang betul ......"
...Dan buat semua ibu2 diluar sana....penyusuan susu ibu merupakan pengalaman yang dipenuhi kasih sayang dan keintiman di antara anda dan bayi dan hanya berlaku untuk satu tempoh yang sangat singkat..kita boleh belikan baju,mainan dan mcm2 utk si kecik setiap tahun..tp peluang breastfeed ni hanya sekali itu..no turning back...lainla kalau dapat peluang mengandung setiap tahun.....
Sebelum sempat anda menyedarinya, bayi anda sudah pun membesar dan perhubungan anda dengannya telah melalui satu dimensi baru.
Jadi, pergunakanlah masa ini bersama bayi dengan sebaik-baiknya.
Berseronoklah dan hargainya .
....
TAK RUGI MENCUBA PEK BREASTFEEDING SHAKLEE..Dengan hanya RM80,yakinlah.. ..2 tahun yang akan datang...anda pasti terkenang kembali detik anda membeli Trial Pack Shaklee dan bersyukur kerana anda
sudah memilih yang terbaik dan memberi kepada si kecil anda melalui susu ibu perisa Shaklee(hihi)...memberinya susu yang terbaik apabila dia sangat
memerlukannya.

Kaitan Vitamin dan Penyusuan


Saya sering ditanya tentang perkara ini:
“Tolong cadangkan apakah makanan atau vitamin membanyakkan susu ibu yang paling berkesan? Saya nak ambil dari sekarang. Sekarang saya mengandung 6 bulan. Saya nak, anak lahir saja susu dah banyak dan boleh menyusukan hingga umur 2 tahun”

Jawapannya mudah saja:
“Makanan atau vitamin yang anda perlu ialah ILMU PENYUSUAN

Terdapat banyak salah faham tentang penyusuan, perkaitannya dengan pemakanan serta praktik penyusuan susu ibu yang betul.

Antara kesilapan-kesilapan terawal yang mungkin dibuat oleh seorang ibu (yang sebenarnya niatnya nak menyusu):
  1. Tidak belajar konsep penyusuan yang betul.
  2. Tidak faham perkaitan ‘supply’ dan ‘demand’.
  3. Terpengaruh dengan lambakan produk membanyakkan susu ibu di luar sana.
  4. Terpengaruh dengan lambakan tips-tips membanyakkan susu yang banyak menekankan tentang ‘makanan memperbanyakkan susu badan’ atau ‘makanan untuk tambah susu badan’
  5. Tidak menemui orang yang betul untuk belajar tentang penyusuan, misalnya bertanya kepada orang yang tidak menyusukan anak.
  6. Mengambil remeh ilmu penyusuan susu ibu.

Vitamin, atau apa saja pemakanan yang katanya membanyakkan susu, sebenarnya memberi sokongan kepada tubuh badan ibu, ia menutup ruang2 yang lopong. Iaitu membekalkan vitamn/mineral/khasiat yang tidak dapat ditampung oleh pemakanan ibu.

Misalnya sayuran hijau membekalkan vitamin B terutama asid folik untuk ibu yang menyusu (dan sesiapa sahaja). Daging dan produk soya membekalkan protein. Longan kering membekalkan kalori. Jadi tidak hairanlah ibu mendapati susu mereka menjadi banyak selepas mengambil makanan2 seperti di atas.

Dalam hal suplemen/vitamin, sebenarnya tidak ada vitamin khusus untuk ibu menyusu yang MEMBANYAKKAN SUSU. Susu ibu tetap mengkuti konsep asalnya – pengeluaran bergantung kepada keperluan NAMUN vitamin membantu ibu yang mengalami masalah dalam penyusuan untuk mendapatkan nutrisi yang mencukupi yang tidak dapat dipenuhi oleh diet harian.
Ada ibu yang berkata “Saya dah makan banyak”

Makan banyak dengan makan sihat samasekali tidak sama. Makan banyak boleh jadi makan HAMPAS sahaja. Tambahan pula jika ibu itu:
  • Kerap makan di luar (biasanya ibu bekerja)
  • Makan makanan segera, makanan rapu, etc
  • Sangat sibuk hingga selalu skip makan
  • Selalu berada dalam keadaan stress
  • Kurang rehat
  • Tak cukup tidur
  • Sering sakit
  • Mengalami masalah kesihatan

Jadi ibu ini memerlukan sokongan dari segi vitamin/suplemen bagi memenuhi keperluan tubuh yang tidak dapat dipenuhi/dirosakkan oleh perkara2 di atas.
Vitamin2 yang disyorkan adalah VitaleaVitamin CB ComplexAlfalfaEnergizing Soy Protein dan Ostematrix. Tapi jangan salah faham, ibu2 yang tak menyusukan pun boleh ambil vitamin2 ni. Sesiapa pun boleh ambil...no problem at all 

Lelaki dan wanita muda juga sesuai lagi bagus untuk mendapatkan vitamin2 ini. Ia bukan saja menjadikan anda cergas bertenaga, malah mengurangkan stress, mencantikkan serta menggebukan kulit, menguatkan tulang, dan menyelesaikan masalah kewanitaan seperti keputihan serta mengetatkan faraj.

credit:vitamin semulajadi

MIGHTY 3 GEMS ~ Terbaik untuk ibu menyusu dan ketika berpuasa

Jujur saya akui, saya mula mengambil keputusan untuk mengambil supplemen adalah ketika mahu berpuasa..Bukan kerana tak yakin dengan rezeki susu untuk Sofea mencukupi, tetapi risau dengan kondisi tubuh yang tak begitu bertenaga..Sepanjang menyusukan Sofea, Alhamdulillah production susu memberansangkan sebab saya akan makan banyak2 dan cukup minum air lebih 3L..Ketika itu, saya tak boleh tak makan..Sentiasa makan walau biskut kering sebab saya akan menggigil dan rasa pening kepala yang amat sangat selepas mengadakan sessi pump di sekolah..Dan selepas menyusukan secara direct feeding dgn Sofea, saya WAJIB minum dan makan sedikit walaupun tengah malam..Kalau tak saya akan tak boleh tidur sebab pening kepala...

Jadi, saya ketika itu amat risau seandainya saya tak mampu untuk berpuasa dengan sempurna dan sebab itulah saya mencari2 suplemen yang saya rasakan terbaik dan mampu milik untuk saya..Ketika itu, hampir bulan puasa saya terus bertanya apakah supplemen yang terbaik untuk ibu yang menyusu..Dan inilah yang saya ambil dari mula sehingga sekarang tak pernah miss 1 hari pon sebab hasilnya amat memuaskan hati saya..Hanya minum semasa sahur, dan mampu kekal bertenaga sepanjang hari..Disebabkan saya bersekolah petang, petang tu sepatutnya dah lembik la orang kata..Tapi Alhamdulillah saya masih mampu kekal bertenaga untuk memasak juadah berbuka puasa..Syukur padaMu Ya ALLAH..Kau bukakan pintu hatiku ini untuk bersama SHAKLEE ..

Mighty 3 Gem

Jom tengok info Mighty 3 Gem nie...

Energizing Soy Protein (ESP) : 
- Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel.
- Protein adalah amat penting dalam pembinaan tubuh badan kita, terutama kepada janin dan bayi yang sedang membesar,
- Membekalkan tenaga,
- Memberikan rasa kenyang
- Diperlukan untuk kuku, rambut dan kulit yang sihat
- Membantu sistem pertahanan tubuh untuk melawan penyakit
- Membanyakkan susu badan (milkbooster)
- Membantu mengekalkan kepejalan otot
- Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal
- mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat
Meal Shake : 
- Ianya multivitamin a.k.a pemakanan lengkap. Rasanya sangat sedap seperti rasa ice cream vanila tp dlm bentuk serbuk.
- Meal Shakes Shaklee adalah salah satu pilihan pemakanan yang diberi jolokan ‘easy-on-the-go meal’ kerana penyediaannya yang begitu mudah, dan kandungannya yang lengkap membekalkan nutrient keperluan harian.
- Meal Shakes sesuai untuk kanak-kanak yang aktif dan tak boleh duduk diam. Sesuai juga buat mereka yang tidak sempat mengambil sarapan dan hidangan yang seimbang. Juga membekalkan nutrisi kepada mereka yang sukar untuk menelan supplemen dalam bentuk pil terutama warga tua.
- Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
- Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.
- Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik.
- Rasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu, atau minuman kegemaran.
Siapa yang sesuai mengambil Meal Shakes Shaklee?
* Kanak-kanak
* Ibu menyusu yang mahu menguruskan badan
* Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang
* Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil
* Warga tua
Selain itu, Meal Shakes Shaklee boleh digunakan untuk menggantikan minuman berkafein.
Performance drink :
- Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.
- Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
- Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
- Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.
- Fungsinya tak sama dengan milk booster atau makanan penambah susu lain kerana ia bukan untuk menambah susu sebaliknya menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari ketika bekerja @ berpuasa dan menyusu/mengepam.
- Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas. Budak2 demam pun elok amik ni sebab biasa la budak2 bila dah demam tak selera makan minum. Ia bole tolong cegah dehydration tu.
- Penghidratan lebih cepat berbanding air (Oren)
- Bekerja atau bersukan menyebabkan kekurangan nutrisi penting dalam tubuh. Shaklee Performance merupakan pilihan paling ideal yang berupaya menghidrat lebih cepat berbanding air dan mebekalkan tenaga untuk kegiatan harian anda.
- OptiCarb® pilihan eksklusif untuk tenaga yang berpanjangan.
- Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga, otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar. 
credit info: Lydzar

Saya dah merasai perubahan pada diri dengan mengamalkannya..Semoga ALLAH tetapkan hati saya untuk terus bersama SHAKLEE..
Salam Mahabbah
Nurul Wahidah Yarahim Shaklee                                                                                                       Independent Distributor [ID 887625]                                                                                                  SMS@WhatsApp 0126889481

Thursday, 24 January 2013

Supplement vs Ubat

1. Supplement adalah ubat – TIDAK. Supplement bukan ubat. Ubat terdiri daripada bahan jenis dadah yang ‘asing’ untuk tubuh kita. Supplement adalah vitamin-vitamin pembina tubuh yang diperlukan oleh tubuh badan kita.

2. Kita tak perlu vitamin sebab dah cukup makan – Bila diselidiki diet harian kita, kebanyakan yang kita makan tu HAMPAS sahaja.

3. Semua supplement sama saja – TIDAK. Kebanyakan supplement di pasaran adalah dari sumber sintetik. Suplemen terdiri dari 3 jenis : sintetik, organik dan semulajadi. Yang terbaik tentunya supplement semulajadi.

4. Supplement memberi kesan sampingan – BETUL sekiranya ia dari sumber sintetik. Suplement semulajadi TIDAk memberi kesan sampingan.

5. Supplement diperlukan oleh orang kurang nutrisi seperti mangsa kebuluran sahaja – TIDAK. Supplement adalah untuk orang yang mementingkan kesihatan.

Cukuplah 5 saja dulu. credit

Tahukah anda kebanyakan rasa penat, letih, lesu, stress adalah antara petanda anda kekurangan vitamin? Fikir2kan..

Berminat nak cuba vitamin shaklee yang bersifat semulajadi?

Untuk info & order
Nurul Wahidah Yarahim
Shaklee Independent Distributor [ID 887625]
Sms@WhatsApp 012-6889481

Nutriferon ~ Sakit tekak, selsema dan demam dah segan nak singgah


Apa itu Nutriferon? Ringkasnya, ia suplemen yang berfungsi sebagai penggalak kepada sistem imun tubuh. Bagus utk bina imuniti,pesakit resdung, asma,etc. Jadi kalo demam or jatuh sakit time travel, tak payah susah2 mkn panadol or painkiller kay.

Cuma pagi ni saya nak beritahu kenapa nutriferon saya pilih sebagai teman baik saya di rumah or ketika travel ke mana2... kenapa? kenapa? Dibwh ni 5 sebabnya
  1. Terbukti daripada Empat Kajian Klinikal Pada Manusia-Campuran fitonutrien yang berkesan dan selamat ini memberi sokongan imun tepat pada peringkat sel. Kajian menunjukkan khasiat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun yang diperolehi daripada campuran khas empat ekstrak tumbuhan di dalam NutriFeron.
  2. Meningkatkan paras interferon secara semulajadi*-Para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat. NutriFeron merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi.*
  3. Dicipta Oleh Individu Yang Menemui Interferon-Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo.
  4. Rumusan Berpaten Yang Eksklusif-NutriFeron tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee. Rumusan berpaten NutriFeron yang unik adalah eksklusif kepada Shaklee.Ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.
  5. 40 tahun kajian-Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, Dr. Yasuhiko Kojima telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan.Menurut kajian terbaru, NutriFeron telah berjayamembuktikan kesan positif terhadap serangan sel-sel semulajadi.

(1) Testimoni NutriFeron: Bayi menyusu badan tetapi demam berpanjangan. 

Baru2 ini seorang customer ibu , seorang guru di salah sebuah sekolah di Kuala Lumpur... cikgu Nani. Beliau mengadu dengan ibu bahawa anaknya telah mendapat selsema dan berlarutan melebihi seminggu iaitu 9-10 hari . Ibu mana yang tidak risau apabila anaknya sakit dan lambat beransur baik? Maka oleh kerana pengambilan 2 biji vitamin C sehari tidak memberi kesan ke atas anaknya maka ibu menyarankan cikgu Nani mengambil Nutriferon as "immune boster". Alhamdulillah setelah mengambil 2 peket , selsema anaknya reda.

Seandainya seorang ibu itu mengambil sepeket Nutriferon maka pengambilan vitamin lain boleh diabaikan pada hari tersebut.Walaubagaimanapun ibu hanya akan menyarankan ianya diambil setelah mendapati pengambilan vitamin C tidak memberi kesan ke atas penyakit yang dihidapi. Ianya boleh diambil oleh ibu2 yang menyusu dan menghantar anak mereka ke pusat atau rumah penjagaan, ini kerana pengambilan sepeket seminggu Insya Allah membantu antibodi anak menjadi lebih kuat dalam menghadapi cabaran pelbagai virus penyakit yang dibawa oleh kanak2 lain di pusat penjagaan kanak2 tadi.
* Sumber Asal : Anakku Wiraku


(2) Testimoni NutriFeron: Resdung, jerawat dan kudis berair di kaki.

Berikut pula ialah testimoni daripada salah seorang pengguna NutriFeron, tentang bagaimana dengan pengambilan vitamin yang istiqamah, dan dengan izin Allah, penyakit resdung dan kudis berair di kaki yang beliau hadapi telah sembuh.
Saya mengenali seorang teman ini melalui dunia blog juga. Beliau meminta konsultasi mengenai penyakit yang beliau hadapi. Beliau mengidap resdung, maka kesannya wajahnya berjerawat dan mempunyai masalah kudis berair di kaki beliau. Beliau terpaksa memakai stokin ke pejabat bagi memastikan kakinya tidak kelihatan sakit yang ketara. Banyak produk yang telah beliau cuba namun tidak berhasil.

Beliau mula mendapatkan produk Shaklee pada penghujung bulan Mei yang lalu. Beliau mula consume dengan sangat berhemah mula pada bulan Jun. Saya menyediakan beliau jadual pemakanan agar pengambilan supplement beliau teratur dan dapat melihat kesan mengikut hari yang saya nyatakan.Beliau mula mengambil ACE, ESP, zinc, herb lax, ostematrix, alfalfa dan vitalea.Setelah sebulan beliau mula merasa berpuashati... walaupun pada dasarnya kulit badan kita memerlukan 90 hari untuk benar2 recover tetapi tubuh beliau mula menunjukan kesan yang sangat positif.Lumrah manusia biasa, andai bagus jika dapat cepat recover dari sakit yang dihidapi. Maka saya mengesyorkan beliau mengambil nutriferon. Mengapa sedemikian? Ini kerana nutriferon adalah berfungsi sebagai penggalak kepada sistem imun tubuh @ immune booster.Setelah beliau mengambil 3 sachet nutriferon, kudis kakinya yang berair terus kering dengan sangat cepat. Beliau sangat gembira dan menelefon saya semalam untuk memaklumkan perkara ini.
* Sumber Asal : Anakku Wiraku

Saya dah boleh menjauhi panadol skrg nie...di musim2 hujan n panas tak menentu, cuaca pon tak berapa stabil, sy mmg akan stand by nutriferon di rumah..kira ala2 first aid kit yg wajib ade di rumah la...Alhamdulillah Sofea pon dah jarang demam n selsema sejak sy rajin consume nutriferon nie..Saya pon kalau sakit jer tekak n selsema skit mmg terus amik sepeket..Anda bagaimana? Nak cuba boleh hubungi saya seperti biasa..

Untuk info & Order

Nurul Wahidah Yarahim
Shaklee Independent Distributor [ID 887625]
SMS@WhatsApp 012-6889481

Kenapa ESP mesti menjadi pilihan anda...

Selamat malam semua..sebelum masuk tidur nak share sikit tentang ESP yg mmg sy xpernah miss ambil semenjak sy mula2 consume SHAKLEE..sbb syg nak tinggalkan rasanya yg sgt2 yummy n best tue setiap hari...Kenapa sy suka sgt2 dgn ESP nie? Meh baca sini...

Protin adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama hormon manusia. Ia juga MERANGSANG fungsi psikologi. Maka, setiap organ kita memerlukan PROTIN.

Kekurangan protin menyebabkan:
~kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit,

 ~masalah LEBIHAN AIR YANG TINGGI dalam badan,
~keHILANGAN KEPEJALAN otot
~ perubahan warna rambut
~bantut pertumbuhan
~ masalah penghadaman
~ masalah penghasilan darah dan hormon
~ PALING CRUCIAL: boleh membawa kepada KEGAGALAN FUNGSI ORGAN

takut kan bila kekurangan protin? tapi camne nak pilih protin terBAIK?sama ke setiap protin di pasaran? hmm...tu kita kena cek la...ikut piawaian yang betol atau tidak kan...ni ciri2 yang perlu ada bagi protin..




Kacang soya yang tumbuh membesar secara organik
Kenapa kacang soya mesti ditanam secara organic? Ini kerana kajian penanaman secara kimia (bukan organic) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan. Dari segi kajian pula sudah terbukti ada hubungkait antara cancer dan nitrates. Jadi amatlah penting pesticides, fungicides dan herbicides tidak digunakan sepanjang proses pembesaran kacang soya

Kacang soya ESP merupakan soya NON GMO (tidak dihasilkan secara genetic)

Kenapa kacang soya mestilah non genetik engineered? Secara umumnya kacang soya yg dari jenis genetic ini adalah murah utk dihasilkan (lebih kurang seperti vitamin sintetik dan vitamin natural) dan kebanyakkan syarikat akan mencari cara utk menjimatkan kos dan semestinya menggunakan kacang soya yang dihasilkan secara genetik. Dr. Louis J. Pribyl as Brazilian government scientist menekankan yg berdasarkan kajian toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan di dalam sel tumbuhan.

Kacang soya yang mengandugi 9 asid amino 

Badan memerlukan kesemua 9 asid amino untuk menghasilkan hormone, jus penghadaman, antibodi dan enzyme. Jika salah satu asas asid amino hilang, immune sistem boleh depressed 30% dan banyak fungsi badan akan terhenti.
 
Kacang soya yang diproses semasa pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dengan air bukan dengan alcohol

Alcohol itu haram dalam Islam tapi jika dicuci menggunakan alcohol ianya akan memusnahkan kandungan isoflavone sehinggan 88% sedangkan isoflavone itu diperlukan untuk mengurangkan risiko cancer paru-paru dan sebagainya. Isoflavones juga bermanfaat dalam penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang

Kacang soya yang mengandungi bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan

Soya yang mentah mengandungi "anti-growth", "anti-tyrosine" substance sedangkan jika kekurangan bahan2 ini akan menyebabkan low blood pressure, low body temperature dan restless leg syndrome. Jadi haruslah mencari produk kacang soya yang menggunakan proses penghasilan kacang soya yang mengekalkan bahan2 ini untuk mengekalkan paras asid amino yang tertinggi dan isoflavones dimana sangat sensitif dengan haba/kepanasan

Kacang soya yang dibuat sebaiknya tanpa proses pemanasan

Asid amino sangat sensitif dengan suhu yang panas dan dalam sesetengah kajian, protein yang dimasak membuktikan telah termusnahnya hampir 50% asid amino penting dalam protein. Jika seseorang itu masih lagi mengamalkan pengambilan protein yg kurang dengan asid amino mereka akan mengalami masalah berkembangan otak dan hormon atau perkembangan tisu badan bermasalah.

Kacang soya yang ditambah dengan unsur kalsium semasa proses soy isolate. Kenapa?

Kajian melaporan bahawa serbuk soya adalah sangat berasid dan boleh menyebabkan kerapuhan tulang. Dan oleh yang demikian unsur kalsium yang secukupnya mesti ditambah dalam protein soya itu untuk meneutralkan kembali serbuk soya tersebut. Kebanyakkan pengusaha/pengeluar protein soya tidak menambah cukup kalsium ke dalam produk mereka.
 
__________________________________________ 

ESP mengandungi kesemua ciri2 di atas...sebab tu saya pilih ESP

Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya yang terbaik. ESP menyediakan 14gram protein soya bukan GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yg tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk keperluan 9 asid amino penting berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolestrol..

Untuk info & Order

Nurul Wahidah Yarahim
Shaklee Independent Distributor [ID 887625]
SMS@WhatsApp 012-6889481

Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) mengancam kesuburan wanita Malaysia


 Sumber: http://www.hamidarshat.com/

Wanita yang gemuk, pusingan haidnya tidak teratur dan tumbuh rambut pada kaki, badan atau muka berwaspadalah mungkin anda mengalami masalah kilang ovary bengkak atau ‘polycystic ovary’.

Polycystic Ovary Syndrom atau PCOs adalah suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari pada seseorang wanita menjadi bengkak oleh sebab benih-benih telah terperangkap dalam ovari dan tidak boleh menetas pada waktu subur. Maka apabila berlaku keadaan seperti ini lama-kelamaan ovari akan membengkak dan menimbulkan berbagai jenis masalah kesuburan dan gangguan haid pada wanita tersebut. 

Gejala utama akibat PCOS ialah kemandulan, sukar untuk hamil dan bila hamil, mudah gugur. Ramai juga dikalangan pengidap PCOS yang mengalami masalah tidak datang haid untuk jangka waktu yang panjang, perdarahan haid yang banyak atau berpanjagan, masalah kegemokan/obesity dan ada yang bermasalah tumbuh rambut pada kaki dada dan muka.

Kejadian penyakit ini kian meningkat di kalangan wanita-wanita Malaysia ke taraf yang membimbangkan kerana ia menjejaskan kesuburan dan keupayaan mereka untuk hamil dan melahirkan anak.

Apakah tanda-tanda penyakit Polycystic Ovary?

TIDAK SUBUR ATAU MANDUL.

Kebanyakan dari pesakit-pesakit PCO datang berjumpa doktor pakar sakit puan sebab sukar hendak hamil walaupun telah lama mencuba. Ada yang telah beberapa tahun berkahwin tetapi masih belum medapat zuriat. Ada yang berjaya mendapat anak pertama dan gagal untuk hamil lagi selepas itu. Ramai juga yang bolih hamil tetapi mudah gugur diperingkat awal kehamilan; malah ada yang berulang2 kali gugur.

I.Berbagai Jenis Gangguan Haid 

Tanda yang biasa ialah haid yang tidak teratur, biasanya lambat datang haid dan kadang- kadang jarak antara haid menjadi begitu jauh sekali sampai hingga 3 atau 6 bulan barulah datang haid yang berikutnya. Ada setengah wanita pula sampai setahun tidak datang haid. 

II.Gemuk

Tanda lain ialah peningkatan berat badan menyebabkan wanita itu gemuk atau obese. Seringkali peningkatan berat badan ini berlaku secara mendadak selepas ia berkahwin dan pada ketika itu pusingan haid pun menjadi lebih tidak teratur dan kesuburan mereka sangat kurang ataupun langsung tidak subur kerana telur tidak dapat menetas. 

III.Darah haid sikit atau/dan berpanjangan

Wanita pula mengalami selain daripada pusingan haid yang begitu panjang jangka waktunya, ialah perdarahan haid yang mungkin berlaku dengan sedikit sekali, tidak seperti biasa haid akan keluar dengan sederhana selama seminggu. Tetapi wanita yang mengidap penyakit polycystic ovary akan mengalami haid yang sangat sedikit hanya menitis selama 2 atau 3 hari. Ada juga di kalangan mereka yang mengalami pendarahan yang berpanjangan sampai 15 hari ataupun 30 hari tanpa henti. 

IV.Tumbuh rambut.

Setengah wanita pula tanda-tanda lain ialah tumbuh rambut pada kaki, tumbuh misai dan janggut dan juga tumbuh rambut pada bahagian tangan dan ada kalanya di bahagian dada. Ini menandakan peningkatan dalam hormon lelaki dalam darah wanita tersebut. Iaitu satu keadaan yang sering berlaku dikalangan pengidap penyakit polycystic ovary.

Kegagalan seseorang wanita untuk mengeluarkan telur atau ovulation boleh dikesan dengan beberapa cara.


Berikut pula tentang masalah ketidaksuburan yang berlaku di kalangan wanita pula dan kaedah rawatan yang boleh dilakukan.

BIASANYA kita boleh membahagikan punca masalah kemandulan atau ketidaksuburan bahagian wanita kepada beberapa jenis. Pertama mungkin ia berpunca dari masalah kegagalan untuk telur menetas ataupun kegagalan 'ovulation'. Maknanya telur wanita tidak dapat dikeluarkan daripada kilang ovari pada waktu tertentu. Wanita yang tidak dapat mengeluarkan telur atau gagal untuk ovulasi mungkin disebabkan oleh beberapa faktor. 

Antaranya masalah kegemukan yang dikaitkan dengan gangguan hormon wanita. Wanita ini biasanya akan mempunyai ovari yang bengkak disebabkan telur-telur ini terperangkap dalam kilang ovari. Keadaan ini digelar dengan nama 'polycystic ovary'. Kadangkala wanita ini mempunyai tumbuhan rambut yang berlebihan pada bahagian kaki serta badan dan ada juga yang tumbuh misai.

Kegagalan penetasan telur mungkin disebabkan gangguan hormon yang mungkin disebabkan kandungan hormon susu ataupun prolactin yang tinggi. Keadaan ini digelarkan dengan 'hyperprolactinemia'. Ini biasanya disertai dengan tanda-tanda seperti haidnya tidak teratur, atau tidak datang langsung, ataupun kalau datang dua tiga bulan sekali. Kadangkala juga ia disertai dengan keluaran susu atau cecair daripada puting buah dada. Wanita-wanita ini didapati sukar untuk hamil. Keadaan seperti ini boleh disebabkan oleh satu tumbuhan pada kilang pituitari yang terletak pada bahagian otak.

Kadangkala juga kandungan prolaktin ini boleh meningkat dalam penyakit endometriasis yang sering melanda wanita dan tandanya ialah senggugut yang sangat teruk.

Kegagalan seseorang wanita untuk mengeluarkan telur atau ovulation boleh dikesan dengan beberapa cara. Di antaranya ialah jika haidnya tidak teratur ataupun lambat datang, misalnya pusingan haidnya berlaku dalam 2 atau 3 bulan sekali, kadangkala tidak datang sehingga 6 bulan. Ini adalah satu tanda yang mungkin wanita itu tidak mengeluarkan telur.

Kedua ia juga boleh dikesan dengan mencatitkan suhu badan setiap pagi dengan menggunakan alat suhu ovulation termometer yang boleh dibeli di farmasi. Paling penting sekali suhu badan ini patut disukat atau diambil sewaktu pagi sejurus ia bangun tidur sebelum ia memulakan aktiviti-aktiviti lain. Jika dicatitkan setiap hari, maka satu bentuk akan timbul, sebelum telur menetas berlaku, suhu badannya akan menurun sedikit dan sebelum telur keluar suhu badannya akan meningkat. lni lebih daripada paras biasa selama lebih kurang dua minggu. Jika tiada kehamilan, suhu badan akan turun dan akan diikuti dengan haid, tetapi jika ia hamil suhu badannya akan terus meningkat dan bila haidnya telah lambat dua minggu, ujian air kencing untuk mengesan kehamilan akan menjadi positif. Ketika itu juga kehamilan akan disahkan dengan melakukan ujian ultrasound scanning.

Lain-lain kaedah untuk mengesan ovulation ini juga boleh dilakukan dengan memeriksa air kencing setiap pagi, iaitu air kencing pertama pagi hari mulai pada hari ke sepuluh dikira pada hari pertama keluar haid. Biasanya haid turun seminggu bagi wanita biasa dan tiga hari kemudian iaitu hari ke sepuluh mulalah ia catitkan air kencingnya dengan ujian khusus untuk mengesan kesuburan. Banyak jenama ujian kesuburan melalui ujian air kencing ini didapati di pasaran dan mudah didapati di mana-mana kedai farmasi.

Biasanya kalau hari pertama masih negatif, ia perlu diulang setiap hari kerana kotak ujian ini mengandungi lima kayu ujian. Jadi boleh dilakukan selama lima hari, iaitu hari ke 10, 11,12, 13 dan 14. Biasanya bila ujian air kencingnya, positif penetasan telur atau ovulation akan berlaku 24 jam kemudian atau 48 jam kemudian iaitu esok atau lusanya. Ini penting bagi wanita -wanita yang ingin hamil, untuk melakukan hubungan pada minggu itu, iaitu antara 3 hingga 5 hari selepas ujian kesuburan positif. Bagi doktor pakar pula, untuk menentukan waktu sesuai bagi membuat rawatan secara 'artificial insemination' iaitu dengan menyuntik benih suami yang telah dibersihkan diproses, ke dalam rahim melalui faraj iaitu proses yang digelar 'intra uterine insemination' (IUI).

Satu lagi kaedah untuk mengesan ovulation atau penetasan telur ialah dengan membuat ujian 'vaginal ultrasound scanning, mulai hari ke 11 atau 12 dikira daripada mulanya keluar haid. Ujian ultrasound dilakukan untuk mengesan beberapa telur dan untuk mengukur besarnya telur tersebut. Biasanya bila ia telah mencapai ukuran 20 atau 22 mm diameter, telur akan menetas keesokan harinya atau lusa.

Ini juga penting bagi tujuan menasihati suami tentang waktu subur isteri dan juga prosedur rawatan dengan kaedah suntikan benih (IUI) ataupun melakukan bayi tabung uji. Proses tuaian telur -telur dari kilang ovari boleh dilakukan sama ada bawah melalui vaginal ultrasound ataupun melalui pembedahan teropong laparoscopy. Bergantung dengan prosedur yang akan dilakukan, bagi melakukan bayi tabung uji secara GIFT, penuaian telur secara laparoscopy adalah yang sesuai kerana telur dan benih suami yang telah dicantumkan di makmal perlu dimasukkan ke dalam saluran falopian pada ketika itu juga.

Bagi bayi tabung uji secara IVF biasanya penuaian telur atau pengambilan telur daripada kilang ovari dilakukan melalui vaginal ultrasound scanning. Walaupun demikian kedua-dua tatacara ini memerlukan pesakit dibius supaya ia membolehkan penuaian benih yang optima. Lebih banyak telur didapati hasilnya adalah lebih memuaskan. Jika lebih banyak telur dituai dan disenyawakan untuk menghasilkan lebih banyak embrio, embrio berlebihan boleh dibekukan dan ia boleh dipindahkan dan dimasukkan balik ke dalam rahim pada bulan akan datang. Dengan ini ia akan meningkatkan kejayaan dari segi kehamilan dan kelahiran.

Wanita-wanita yang mengalami masalah kegagalan penetasan atau ovulation boleh dirawat dengan bermacam-macam kaedah, syarat pertama ialah ia mesti mengurangkan berat badannya, di samping itu ubat-ubat subur sperti Clomiphene dalam dos yang amat tinggi iaitu 200 hingga 250mg (4 atau 5 biji sehari) perlu diberikan mulai hari kedua atau ketiga haid selama 5 hingga 10 hari. Sejurusnya pada hari ke 14 iaitu dikira pada hari pertama turun haid, kita boleh mengesan telur-telur tersebut melalui vaginal ultrasound.

Wanita-wanita yang mengalami masalah 'polycystic ovaries' kadang-kadang agak sukar untuk merangsang telur daripada kilang ovari. Kadangkala ia terlebih rangsang dan banyak telur akan tumbuh dan kadangkala ada kemungkinan berlakunya kembar dari 2 bayi hingga ke lapan bayi. Lain-lain kaedah untuk merangsang telur yang tidak berjaya menetas, ialah dengan cara suntikan hormon "gornadotrophine". Berbagai jenama ada di pasaran, tetap pada asasnya ubat suntikan hormon Gornadotrophine ini adalah sangat mahal harganya dan ini mungkin satu faktor penghalang bagi wanita-wanita yang tidak mampu walaupun mereka mempunyai masalah ketidaksuburan akibat daripada telur yang terperangkap.

Rawatan biasanya dimulakan pada hari kedua haid, ia juga dicampurkan dengan ubat subur Clomiphene tadi dan suntikan hormon sebagai panduan bagi menentukan waktu terbaik untuk menuai telur. Risiko bagi kaedah rawatan dengan menggunakan kaedah Gornadotrophine ialah kemungkinan besar berlakunya anak kembar, bukan sahaja kembar dua, mungkin tiga atau empat. Risiko kerana setengah daripada bayi-bayi kembar ini tidak sampai cukup bulan. Malah sebahagian besar daripada kandungan kembar yang banyak ini akan mengalami keguguran dan akhirnya menggagalkan kehamilan tersebut.

credit