Friday, 9 November 2012

DOA-DOA UNTUK TAMBAH SUSU


Assalamualaikum dan slmt mlm semua.. 

Entry pertama sy utk baby sy yg baru lahir ini khas sy tujukan buat ibu2 di luar sana yg gigih berjuang menyusukan anak terutamanya buat ibu2 yg berkerjaya..tak saya nafikan bg ibu2 yg berkerjaya terdapat pelbagai halangan yang harus ditempuhi dalam meniti perjuangan utk memberikan yg terbaik utk si manja kita kan..ok, jom kita amalkan doa2 ini yer ibu2 kerana apa jua rezeki itu datangnya hanya dari ALLAH..DIAlah yang memberi segala maka kepadaNYA lah tempat kita harus meminta....

"Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah ENGKAU syariatkan...AMIIN..." 

Amalkan zikir Ya Matiin yang bermaksud MAHA SEMPURNA KEKUATANNYA sebanyak 70 kali setiap hari..Masa yang paling baik adalah ketika waktu malam dan subuh..Boleh baca zikir tersebut dab hembus ke dalam gelas  lalu diminum airnya..InsyaALLAH...

Amalkan juga Ayat 60 Surah Al-Baqarah

Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberikan air untuk kaumnya, Maka kami berfirman: " Pukullah batu itu dengan tongkatmu",( ia pun memukulnya)  lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan kami berfirman) : "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi." 


BALQISH SOFEA MOHD FIRDAUS


PERMATA HATI UMMI DAN AYAH YG MASIH MENYUSU SEHINGGA KINI 1 THN 2 BLAN...SEMOGA PERJUANGAN KAMI KE PENGHUJUNG DI PERMUDAHKAN...AMIIN...

No comments: