Selamat malam semua..Hari ni nak bercerita tentang penyakit yang di alami wanita..Tetapi tak ramai yang mengambil berat akan hal ini iaitu masalah keputihan. Bagi individu yang mengalami masalah keputihan yang serius, tentunya akan mengganggu masalah harian kan. So, sebelum tengok solution ape yang sesuai, jom baca sedikit info di bawah yg saya ambil dr sini..
Keputihan, juga dikenali dengan istilah Leucorrhoe atau Fluor Albus
di kalangan pakar perubatan merupakan cecair yang keluar dari vagina
yang dipengaruhi oleh hormon estrogen dan progesteron dalam badan
wanita. Keputihan bukan saja dihadapi oleh wanita yang sudah berkahwin
atau hamil, malah turut dihadapi oleh remaja dan kanak-kanak. Namun
kebarangkalian remaja dan kanak-kanak mendapat keputihan adalah rendah.
Dianggarkan sebanyak 75 peratus wanita yang sudah berkahwin akan
mengalami masalah keputihan. Masalah itu berlaku disebabkan wanita
berkahwin telah mendapat pendedahan seksual dan ini menyebabkan dirinya
mudah dijangkiti. Manakala 80 peratus wanita hamil berisiko mengalami
keputihan disebabkan perubahan hormon yang berlaku ketika kehamilan dan
menyebabkan wanita berkenaan mudah dijangkiti kulat.
Jenis Keputihan
Terdapat dua jenis keputihan, iaitu normal dan abnormal. Keputihan normal
terjadi 14 hari sebelum haid, iaitu waktu kesuburan seorang wanita. Ia
tidak berwarna (jernih), tidak mendatangkan kegatalan dan tidak berbau.
Keputihan yang normal ini juga dipanggil cecair ovulasi dan menjadi
petanda kesuburan seseorang wanita.
Keputihan abnormal adalah keputihan yang terjadi
sepanjang masa, mendatangkan rasa gatal dan tidak selesa semasa
berhubungan seksual, berwarna putih dan likat. Adakalanya keputihan
berwarna kemerahan atau coklat kerana bercampur darah.
Punca Keputihan Abnormal
Keputihan abnormal berpunca dari keadaan vagina yang lembap,
menggalakkan pertumbuhan kulat, kuman dan virus. Beberapa jenis kuman
boleh menjangkiti faraj, rahim dan saluran fallopian dan sekiranya
merebak akan menyebabkan kemandulan, masalah haid, kesakitan dan
lain-lain.
- Kuman - kuman bakteria jenis E-coli adalah bakteria yang sering menjangkiti kemaluan dan organ peranakan. Kuman Trichomonas menyebabkan pengeluaran lendir yang berwarna kehijauan disertai gatal-gatal dan berbau busuk. Selain itu, bakteria Gonorrhea dan Siplis juga kuman yang merbahaya.
- Kulat - kulat Monilia atau Candida seringkali menjangkiti wanita yang sedang hamil atau menghidap kencing manis.
- Virus - virus Herpes dan Chlamydia sering menjangkiti kemaluan dan organ peranakan.
Rawatan
Keputihan jenis abnormal seharusnya diberi perhatian dan penjagaan rapi
kerana kulat yang menyerang boleh merebak dan seterusnya menyerang
organ-organ penting yang lain. Oleh itu, segeralah berjumpa dengan
doktor pakar bagi merawat keputihan jenis ini.
Pengambilan supplement juga amat digalakkan sebagai langkah-langkah
pencegahan dan merawat sebelum keputihan menjadi lebih serius.
Buat anda yang nak mencuba Alfalfa Complex dalam merawat keputihan, boleh hubungi saya:
FB : Wahidah Yarahim
Page : Hana Sofea Shoppe
012 6889481







