Friday, 25 January 2013

Sup Pasta UNTUK ANAK



Masa: 20 minit
Hidangan: 2 orang
Bahan-bahan:
  • 50gm pasta yang sudah siap direbus
  • 50gm isi ayam (dipotong kecil)
  • 1 biji kentang bersaiz sederhana (dipotong kecil)
  • 1 biji lobak merah bersaiz sederhana (dipotong dadu)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 1sm halia (ditumbuk)
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya untuk membuat sup
Cara membuatnya:
  1. Masukkan air, bawang putih, bawang merah dan halia ke dalam periuk bersaiz sederhana. Biarkan mendidih.
  2. Kemudian, masukkan pula isi ayam, kentang dan lobak merah. Kacau dan biarkan sehingga kesemua bahan empuk.
  3. Selepas itu, masukkan pasta dan garam. Kacau lagi dan biarkan seketika.
  4. Siap untuk dihidangkan.

Pilihan di tangan anda..Nak susu berkualiti?susu xmeriah?nak milk booster sahaja?


Saya ingin mengulas tajuk BOLEHKAH SI IBU AMBIL ALFALFA SAHAJA SEPANJANG PENYUSUAN. ni tajuk yang banyak dishare di blog geng2 shaklee...hmm...jika kami ni berniat hanya ingin menjual..pasti kami hanya memberi apa yang anda inginkan...atau kami menjual segala vitamin dari huruf a ke huruf Z......tidaklah wujud breastfeeding set shaklee (mengandungi 4 vit yg asas disamping tambahan2 lain) yang disyorkan oleh group kami......tetapi tujuan kami ingin ingin meng-educate dan berkongsi pengalaman bersama ibu2 diluar sana..tidak terhad kepada meng-distribute vitamin2 Shaklee sahaja... kerana saya ingin ibu2 tahu kepentingan setiap vitamin ..apatah lagi dizaman moden kini yang mana kita tak dapat memenuhi keperluan lengkap semua zat dan vitamin dalam makanan seharian...
saya tak nafikan..terdapat segelintir ibu yang hanya mahu mencuba ALFALFA Shaklee kerana menganggap mereka hanya memerlukan ALFALFA sahaja dalam menjayakan penyusuan. Persoalannya , bolehkah hanya mengambil Alfalfa/ESP sahaja dan apakah kesannya dengan mereka yang mengambil vit2 asas yg disyorkan iaitu Multivitamin@Vitalea, B complex dan Vitamin C?..... Cuba lihat 2 kes ini (credit to kak N)

KES 1 (hanya mengambil alfalfa)~~Jika hanya bergantung dengan alfalfa sahaja masih boleh menghasilkan susu dengan banyak kerana sifat ALFALFA itu sendiri iaitu sebagai agen yang membantu badan stimulate milk dengan lebih cepat. Sebab itu mereka yang mengambil 2 biji alfala pasti akan merasakan perbezaan ketara apabila pengambilan ditingkatkan kepada 6 biji sehari iaitu 2 selepas makan pagi , 2 selepas makan tengahari dan 2 selepas makan malam. Si ibu akan merasakan susunya cepat bengkak terutama apabila pengambilan air yang banyak serta sesi perahan yang konsisten setiap 2-3 jam sekali. NAMUNmalangnya pada satu tahap si ibu itu akan merasa sangat letih dan mulalah datangnya sifat moody, mudah mengantuk bila pulang kerja(tidak mampu bertahan buat kerja rumah), kedinginan terhadap seks dek kerana mengantuk dan keletihan yang melampau. Ini kerana si ibu hanya tertumpu kepada pemakanan yang membanyakkan susu. Maka badan akan memaksa menghasilkan susu sebanyak mungkin tidak kira apa jua keadaan si ibu. Risikonya pula jika si ibu tidak membuat perahan sehingga mengosongkan payudara, susu tersumbat atau nama lain clog duct mudah berlaku.

KES 2 ~~(si ibu itu mengambil vitamin secara lengkap didalam trial pek breastfeed).. Sudah pasti ini dpt memenuhi keperluan tubuh badan ibu seterusnya badan sihat dan dapat menghasilkan susu dengan lebih baik. Pada dasarnya vitamin ini ibarat minyak pelincir kepada kereta. Jika sesebuah kereta itu dijaga penyelenggaraannya (maintainance), minyak hitam berganti, minyak sentiasa banyak...maka sudah pasti kereta itu dapat dipandu dengan lancar, tanpa ada hembusan asap hitam dan tiada tersengguk-sengguk macam orang yang sakit. Sama dengan keadaan si ibu yang menjaga pemakanannya maka jika badannya sihat, moodnya ceria, sentiasa bertenaga , bersemangat dan membuat sesi perahan yang konsisten...sudah pasti dengan izin ALLAH susu akan terhasil dengan baik mengikut keperluan bayi tadi

mari kita lihat kandungan yang ada dalam set Breastfeeding
a   a) Vita-Lea Iron Formula/multivitamin(lengkap dgn zat besi)~~~Dilengkapi dengan kesemua vitamin beserta zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah.Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

b) B Complex~
Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantikberseri, tidak kusam.

c) Vitamin C~~Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susu ibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit ibu dan bayi makin bersih, cerah & cantik.Vitamin C membantu pembentukan kolagen

d) Alfalfa~~Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat. Ianya bergantung kepada keperluan badan si ibu.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas) dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pd bayi..susah nak kena kembung.
Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan.
Maka si ibu punya pilihan iaitu
1. Hanya memastikan susu terhasil dengan banyak tanpa mengira kepentingan kesihatan di si ibu itu sendiri..yakni hanya concern onn quantity....
ATAU
2. Mengambil vitamin yang seimbang dengan keperluan ibu supaya ceria dan bertenaga disamping menghasilkan susu dengan lebih baik dan mengkayakan nutrisi dalam susu ibu. Si ibu concern on quality and later thought about quantity.
Jika masih ada yang bertanya, do i need supplement?Jawapannya terletak pada diri kita kerana hanya kita sahaja yang tahu bagaimana gaya hidup seharian kita...Bak kata Kak N....~~"mungkin ada orang kata dia tak perlu supplemen sebab belakang rumahnya ada kebun sayur-sayuran, ada kebun buah-buahan yang bersih dari semburan racun, ada reban ternak ayam dan itik maka tak makan ayam inject dan dapat makan telur ayam kampung bila-bila masa...so tak perlu supplement .....so memang betul ......"
...Dan buat semua ibu2 diluar sana....penyusuan susu ibu merupakan pengalaman yang dipenuhi kasih sayang dan keintiman di antara anda dan bayi dan hanya berlaku untuk satu tempoh yang sangat singkat..kita boleh belikan baju,mainan dan mcm2 utk si kecik setiap tahun..tp peluang breastfeed ni hanya sekali itu..no turning back...lainla kalau dapat peluang mengandung setiap tahun.....
Sebelum sempat anda menyedarinya, bayi anda sudah pun membesar dan perhubungan anda dengannya telah melalui satu dimensi baru.
Jadi, pergunakanlah masa ini bersama bayi dengan sebaik-baiknya.
Berseronoklah dan hargainya .
....
TAK RUGI MENCUBA PEK BREASTFEEDING SHAKLEE..Dengan hanya RM80,yakinlah.. ..2 tahun yang akan datang...anda pasti terkenang kembali detik anda membeli Trial Pack Shaklee dan bersyukur kerana anda
sudah memilih yang terbaik dan memberi kepada si kecil anda melalui susu ibu perisa Shaklee(hihi)...memberinya susu yang terbaik apabila dia sangat
memerlukannya.

Kaitan Vitamin dan Penyusuan


Saya sering ditanya tentang perkara ini:
“Tolong cadangkan apakah makanan atau vitamin membanyakkan susu ibu yang paling berkesan? Saya nak ambil dari sekarang. Sekarang saya mengandung 6 bulan. Saya nak, anak lahir saja susu dah banyak dan boleh menyusukan hingga umur 2 tahun”

Jawapannya mudah saja:
“Makanan atau vitamin yang anda perlu ialah ILMU PENYUSUAN

Terdapat banyak salah faham tentang penyusuan, perkaitannya dengan pemakanan serta praktik penyusuan susu ibu yang betul.

Antara kesilapan-kesilapan terawal yang mungkin dibuat oleh seorang ibu (yang sebenarnya niatnya nak menyusu):
  1. Tidak belajar konsep penyusuan yang betul.
  2. Tidak faham perkaitan ‘supply’ dan ‘demand’.
  3. Terpengaruh dengan lambakan produk membanyakkan susu ibu di luar sana.
  4. Terpengaruh dengan lambakan tips-tips membanyakkan susu yang banyak menekankan tentang ‘makanan memperbanyakkan susu badan’ atau ‘makanan untuk tambah susu badan’
  5. Tidak menemui orang yang betul untuk belajar tentang penyusuan, misalnya bertanya kepada orang yang tidak menyusukan anak.
  6. Mengambil remeh ilmu penyusuan susu ibu.

Vitamin, atau apa saja pemakanan yang katanya membanyakkan susu, sebenarnya memberi sokongan kepada tubuh badan ibu, ia menutup ruang2 yang lopong. Iaitu membekalkan vitamn/mineral/khasiat yang tidak dapat ditampung oleh pemakanan ibu.

Misalnya sayuran hijau membekalkan vitamin B terutama asid folik untuk ibu yang menyusu (dan sesiapa sahaja). Daging dan produk soya membekalkan protein. Longan kering membekalkan kalori. Jadi tidak hairanlah ibu mendapati susu mereka menjadi banyak selepas mengambil makanan2 seperti di atas.

Dalam hal suplemen/vitamin, sebenarnya tidak ada vitamin khusus untuk ibu menyusu yang MEMBANYAKKAN SUSU. Susu ibu tetap mengkuti konsep asalnya – pengeluaran bergantung kepada keperluan NAMUN vitamin membantu ibu yang mengalami masalah dalam penyusuan untuk mendapatkan nutrisi yang mencukupi yang tidak dapat dipenuhi oleh diet harian.
Ada ibu yang berkata “Saya dah makan banyak”

Makan banyak dengan makan sihat samasekali tidak sama. Makan banyak boleh jadi makan HAMPAS sahaja. Tambahan pula jika ibu itu:
  • Kerap makan di luar (biasanya ibu bekerja)
  • Makan makanan segera, makanan rapu, etc
  • Sangat sibuk hingga selalu skip makan
  • Selalu berada dalam keadaan stress
  • Kurang rehat
  • Tak cukup tidur
  • Sering sakit
  • Mengalami masalah kesihatan

Jadi ibu ini memerlukan sokongan dari segi vitamin/suplemen bagi memenuhi keperluan tubuh yang tidak dapat dipenuhi/dirosakkan oleh perkara2 di atas.
Vitamin2 yang disyorkan adalah VitaleaVitamin CB ComplexAlfalfaEnergizing Soy Protein dan Ostematrix. Tapi jangan salah faham, ibu2 yang tak menyusukan pun boleh ambil vitamin2 ni. Sesiapa pun boleh ambil...no problem at all 

Lelaki dan wanita muda juga sesuai lagi bagus untuk mendapatkan vitamin2 ini. Ia bukan saja menjadikan anda cergas bertenaga, malah mengurangkan stress, mencantikkan serta menggebukan kulit, menguatkan tulang, dan menyelesaikan masalah kewanitaan seperti keputihan serta mengetatkan faraj.

credit:vitamin semulajadi

MIGHTY 3 GEMS ~ Terbaik untuk ibu menyusu dan ketika berpuasa

Jujur saya akui, saya mula mengambil keputusan untuk mengambil supplemen adalah ketika mahu berpuasa..Bukan kerana tak yakin dengan rezeki susu untuk Sofea mencukupi, tetapi risau dengan kondisi tubuh yang tak begitu bertenaga..Sepanjang menyusukan Sofea, Alhamdulillah production susu memberansangkan sebab saya akan makan banyak2 dan cukup minum air lebih 3L..Ketika itu, saya tak boleh tak makan..Sentiasa makan walau biskut kering sebab saya akan menggigil dan rasa pening kepala yang amat sangat selepas mengadakan sessi pump di sekolah..Dan selepas menyusukan secara direct feeding dgn Sofea, saya WAJIB minum dan makan sedikit walaupun tengah malam..Kalau tak saya akan tak boleh tidur sebab pening kepala...

Jadi, saya ketika itu amat risau seandainya saya tak mampu untuk berpuasa dengan sempurna dan sebab itulah saya mencari2 suplemen yang saya rasakan terbaik dan mampu milik untuk saya..Ketika itu, hampir bulan puasa saya terus bertanya apakah supplemen yang terbaik untuk ibu yang menyusu..Dan inilah yang saya ambil dari mula sehingga sekarang tak pernah miss 1 hari pon sebab hasilnya amat memuaskan hati saya..Hanya minum semasa sahur, dan mampu kekal bertenaga sepanjang hari..Disebabkan saya bersekolah petang, petang tu sepatutnya dah lembik la orang kata..Tapi Alhamdulillah saya masih mampu kekal bertenaga untuk memasak juadah berbuka puasa..Syukur padaMu Ya ALLAH..Kau bukakan pintu hatiku ini untuk bersama SHAKLEE ..

Mighty 3 Gem

Jom tengok info Mighty 3 Gem nie...

Energizing Soy Protein (ESP) : 
- Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel.
- Protein adalah amat penting dalam pembinaan tubuh badan kita, terutama kepada janin dan bayi yang sedang membesar,
- Membekalkan tenaga,
- Memberikan rasa kenyang
- Diperlukan untuk kuku, rambut dan kulit yang sihat
- Membantu sistem pertahanan tubuh untuk melawan penyakit
- Membanyakkan susu badan (milkbooster)
- Membantu mengekalkan kepejalan otot
- Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal
- mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat
Meal Shake : 
- Ianya multivitamin a.k.a pemakanan lengkap. Rasanya sangat sedap seperti rasa ice cream vanila tp dlm bentuk serbuk.
- Meal Shakes Shaklee adalah salah satu pilihan pemakanan yang diberi jolokan ‘easy-on-the-go meal’ kerana penyediaannya yang begitu mudah, dan kandungannya yang lengkap membekalkan nutrient keperluan harian.
- Meal Shakes sesuai untuk kanak-kanak yang aktif dan tak boleh duduk diam. Sesuai juga buat mereka yang tidak sempat mengambil sarapan dan hidangan yang seimbang. Juga membekalkan nutrisi kepada mereka yang sukar untuk menelan supplemen dalam bentuk pil terutama warga tua.
- Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
- Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.
- Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik.
- Rasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu, atau minuman kegemaran.
Siapa yang sesuai mengambil Meal Shakes Shaklee?
* Kanak-kanak
* Ibu menyusu yang mahu menguruskan badan
* Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang
* Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil
* Warga tua
Selain itu, Meal Shakes Shaklee boleh digunakan untuk menggantikan minuman berkafein.
Performance drink :
- Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.
- Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
- Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
- Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.
- Fungsinya tak sama dengan milk booster atau makanan penambah susu lain kerana ia bukan untuk menambah susu sebaliknya menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari ketika bekerja @ berpuasa dan menyusu/mengepam.
- Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas. Budak2 demam pun elok amik ni sebab biasa la budak2 bila dah demam tak selera makan minum. Ia bole tolong cegah dehydration tu.
- Penghidratan lebih cepat berbanding air (Oren)
- Bekerja atau bersukan menyebabkan kekurangan nutrisi penting dalam tubuh. Shaklee Performance merupakan pilihan paling ideal yang berupaya menghidrat lebih cepat berbanding air dan mebekalkan tenaga untuk kegiatan harian anda.
- OptiCarb® pilihan eksklusif untuk tenaga yang berpanjangan.
- Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga, otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar. 
credit info: Lydzar

Saya dah merasai perubahan pada diri dengan mengamalkannya..Semoga ALLAH tetapkan hati saya untuk terus bersama SHAKLEE..
Salam Mahabbah
Nurul Wahidah Yarahim Shaklee                                                                                                       Independent Distributor [ID 887625]                                                                                                  SMS@WhatsApp 0126889481