Sunday, 20 January 2013

Testimoni : Masalah Colon Inflamation Pulih dengan Shaklee







"Alhamdulillah setelah hampir 2 thn sakit dan keluar masuk hospital, jumpa pakar pun pakar tak tau apa puncanya keadaan saya makin sihat. Terima kasih pada beeha yang banyak bantu saya dari segi consultation dan juga moral support. Bulan lepas adalah bulan paling kritikal di mana saya kehilangan 2kg berat badan, full blood count teruk dan setiap kali buang besar akan keluar darah. rasa dah nak give up. makan ubat, makan supplement, jumpa pakar mcm tak jadi apa. prestasi keje makin merudum

Then sy cuba rawatan alternatif. dan Alhamdulillah banyak sangat perubahannya. Dugaan Allah nak bagi. Beeha selalu pesan, Allah tak duga hambaNya yang tak mampu nak hadapi sme tu.

Terima kasih lagi sekali pada beeha, hati saya terbuka nak cuba produk Shaklee sebaik sahaja selepas solat masa awal tahun aritu. saya dah lama perhati beeha promote produk shaklee, cuma memerhati. tapi tak tau mcm mana lepas solat Asar tu saya tergerak nak tanya beeha tentang produk utk detoks atau bersihkan usus saya ni. beeha suggest Herblax. lepas tu saya tanya tentang produk yg boleh bantu utk naikkan selera makan, nak pulihkan balik kulit saya yg kering dan kasar mcm kertas pasir ni. mcm2 la saya tanya dan produk2 di atas tu tadi sme saya beli. dari trial pack terus amik fullpack.

kesannya ada, tapi agak slow. tapi 


ESP mmg sangat best. saya perasan 
1. kulit saya yg kering dan menggelupas ni makin elok
2. tumit yang dah mula pecah dan cantik licin
3. breast tegang
4. punggung anjal

encik husband ingat saya pregnant. tapi tak leh nak pregnant lagi buat masa ni cause consume high dose drugs dari pakar. =( pendek kata saya dah tak rasa body saya mcm plywood lagi lurus depan belakang. di tambah plak dgn GLA, kulit sy nmpak moist je.

aktiviti pagi saya bermula seawal 4.30pagi, sejak amik Ostematrix sebelum tido saya takde masalah nak bangun, takde dah rasa sakit2 badan. kalau tak dlu bangun pagi pun rasa nak nangis. rasa mcm nak merangkak turun dari katil. smenya effect dari masalah usus sy tu. doctor dah warning awal2 bnyk implikasi dari sakit tu.

lepas breakfast saya amik Vita c, Vitalea n B Complex aktiviti harian berjalan lancar, kurang letih. berfikir pun relaks je walaupun keje dah penuh satu meja. memang rasa sgt berbeza.

saya masih lagi memerlukan bantuan Herblax utk membuang air besar, sebab kelemahan pada pergerakkan usus. jadi masih setia dgn herblax.

panjang sangat dah ni. saya berhenti dlu ye. apa2 pun saya sangat happy dipertemukan dengan SHAKLEE. =)

1) bagaimana saya dapat penyakit yg saya hidapi skang ni
2) simptom
3) rawatan apa yg pernah saya cuba
4) kenapa makan bnyk supplement
5) sgt berkesan ke dgn usaha yg pernah saya cuba
saya kurang pasti bagaimana sakit ni datang, yang boleh saya katakan ia bermula dengan sakit di bahagian abdomen (bawah area perut). sakit yg amat sangat seperti contraction nak beranak, sakit akan datang lebih kurang 5-10min sekali.

simptom :
sakit perut (gastrik), badan sangat lemah, sakit di bahagian sendi, hilang selera, sembelit dan diikuti dgn cirit, najis berdarah atau darah keluar ketika buang air besar.

rawatan yg sy pernah cuba :
berjumpa doc pakar - pernah consume steroid dan skang on PENTASA 2g sehari, penah buat scope dari atas dan bawah pernah drip masuk air dan antibiotik (sy tak ingat namanya) dan berjumpa pengamal perubatan Islam. juga consume produk shaklee.

kenapa amik supplement bnyk? berikut adalah penjelasan saya dan saya rasa ia sesuai utk badan saya selepas saya buat experimen utk badan sendiri.. =)

# saya makn herblax utk elakkan sembelit

bila sembelit kuman akan membiak dlm usus dan akan mengakibatkan cirit birit dan mungkin akan keluar darah apabila kuman sgt aktif. lg 1 bila sembelit, angin dlm perut dan usus x boleh keluar. tu yg menjadi faktor gastrik dan sakit kepala serta perut rasa kembung. lg 1 bila tak leh membuang toksik akan terkumpul dlm usus dan kemudian akan diserap semula dlm darah. jadi akan timbul masalah kulit kusam, badan letih dan masalah2 lain.

# saya amik esp utk supply protein pd badan

protein yg cukup akan bantu penyerapan vitamin berlaku dgn lbh baik kan.

# saya amik jg vita c, vitalea, b complex utk supply balik vit yg x cukup dlm badan 

memandangkan hb sya rendah dan kurang mkn sbb hilang selera.

# sy amik Ostematrix utk bekalkan kalsium 

sebab sejak sakit sy x boleh minum susu. susu buat lg mudah cirit melainkn susu kambing.

# saya jugak ada amik alfalfa utk kesihatan dlaman

2 thn badan terbiar tanpa penjagaan dan pemakanan sempurna. dan baru2 ni saya amik gla pulak.

sesiapa yg ada masalah usus, daya serapan mmg lambat. jd tindak balas pd supplement mungkin amik masa. jgn putus asa. teruskn consume vit2 tu sme.

kesan dari rawatan dan usaha:

Alhamdulillah bnyk kurangnya berbanding 2 thn yg lalu.
usaha selagi mampu guna kepakaran doc dan ubat2nya + supplement + bantuan perawat islam bila mana perlu.

apa2 pun usaha. insyaAllah ada penyelesaian. tiada sakit yg tiada ubat melainkan mati. wallahua'lam."


Ini ialah perkongsian dari Puan Farah yang mengalami Colon Inflammation. credit
Produk yang digunakan:

HERB-LAX

FAMILY WELLNESS SET

OSTEMATRIX

ALFALFA COMPLEX

Kesuburan lelaki dan wanita untuk cepat hamil

Lumrah bagi pasangan yang berkahwin, mesti nak dapat anak cepat-cepat. Lebih-lebih lagi bila rakan seangkatan yang berkahwin lebih kurang tempoh yang sama, semua dah menimang cahayamata, bunting pelamin misalnya. Tertekan juga kadangkala, apabila teman2 semua dah bertiga, berempat.. kita masih berdua.

Antara penyebab biologi sukar hamil di kalangan wanita:

~ Tiub fallopian tersumbat
~ Endometriosis
~ Mempunyai hormon prolaktin yang tinggi (prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang mengganggu     penghasilan telur)
~ Menghidap PCOS (mempunyai hormon kelelakian yang tinggi menyebabkan telur tidak matang)
~ Masalah hormon
~ Tumor pituitari yang mengganggu penghasilan telur
~ Menopous sebelum waktunya
~ Masalah tiroid
~ Fibroid

Penyebab biologi di kalangan lelaki:

~ Jangkitan kuman atau penyakit yang dihidapi sewaktu kecil yang merencatkan sistem pembiakan
~ Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin dari hubungan seksual
~ Menghidap azoopsermia iaitu testis yang tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma
~ Menghidap hernia
~ Gangguan hormon
~ Salur sperma tersumbat
~ Mati pucuk, lemah tenaga batin, dsb

Penyebab2 dari faktor luaran (lelaki dan wanita)

~ Hubungan seksual di luar waktu kesuburan
~ Stress dan tekanan
~ Pemakanan yang tidak sihat
~ Kekurangan zat
~ Amalan merokok atau meminum alkohol
~ Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan (drug)
~ Terdedah kepada pencemaran
~ Terlalu kurus atau terlalu gemuk

Bagi penyebab biologi, anda suami isteri dinasihatkan mendapat khidmat pakar dalam bidang reproduktif, agar masalah anda berdua dapat diselesaikan secara medikal.

Sekiranya anda berdua tiada masalah biologi, bermakna peluang untuk anda cepat dapat anak adalah cerah. Namun, anda mesti bersedia untuk mengubah cara hidup anda.

  • Bersenam

Bersenam bukan sahaja menyihatkan badan, malah memberi kesegaran minda. Badan yang sihat dan minda yang tenang menurunkan paras stress dan meningkatkan hormon kesuburan anda.

  • Mengelakkan pencemaran

Mungkin kita tidak dapat lari dari pencemaran, terutama pencemaran udara. Anda boleh menghentikan diri dan keluarga dari menjadi punca dan mangsa pencemaran dengan mengamalkan ‘green-living’. Setidak-tidaknya dengan berhenti merokok

  • Mengambil supplement (vitamin & mineral) untuk menambah kesuburan

Kesuburan boleh ditingkatkan dengan pengambilan supplement berikut:
  • Vita-Lea - kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa kena ambil multi? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita sehari-hari, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum.

Vita-Lea Shaklee

Mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea membantu ereksi bagi lelaki.
  • B Complex – Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri.
B-Complex Shaklee

Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma
  • Vita C - Sebagai vitamin yang menjaga kesegahan sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik, lembab… akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.
  • Vita E & Selenium - bekerja bersama2 dengan vitamin C sebagai anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vita E Shaklee, untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya.
  • Zinc - meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma.zinc yang mencukupi penting untuk keupayan seks dan tenaga lelaki. Zinc juga berperanan dalam melindungi lelaki dari masalah prostat. Bagi meningkatkan kesuburan wanita pula, zinc penting untuk proses ovulasi. Zinc juga penting untuk penguncupan uterus untuk mengembalikan ketahanannya.
    Zinc Complex
  • Alfalfa – membantu mengatur pusingan haid, masalah keputihan dan masalah kewanitaan. 
  • GLA Complexmembantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti..Yangakan membantu sperma untuk berenang terus ke uterus, terus ke tiub fallopio untuk bersenyawa dengan sel ovum..Cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub fallopio selama 5hari.
 
 Banyaknya supplement, mana satu yang perlu ambil? Semua kah?

Kalau nak ambil semua mungkin terlalu banyak, jadi untuk mereka yang mahu mencuba, ikhtiar untuk cepat dapat anak, saya cadangkan ambil supplement di bawah sebagai permulaan”

Untuk Suami : Set Family Wellness (vitalea+b complex+vita C) bersama Vita-E dan Zinc

Untuk Isteri : Set Family Wellness (vitalea+b complex+vita C) atau Set Family Wellness (vitalea+b complex+vita C) bersama vita-E + GLA Complex + alfalfa

Kehebatan B-Complex Shaklee berbanding jenama lain


Selamat malam semua..Sejak dah buka sekolah nie, sibuk sikit dgn aktiviti di sekolah..Baru ade masa sikit nak share tentang B-Complex yang saya dok makan tiap2 hari..Ade yg tanya, nape tak makan yg free hospital punya tue..Kan same jer..Saya dah kaji dan ini jawapan sy kenapa sy memilih B-Complex Shaklee...Sememangnya terbaikkla....

 Keistimewaan B-complex Shaklee:

1) kandungan Vitamin B shaklee lengkap, ada 8 vitamin B yg diperlukan oleh tubuh kite:
B1, B2,B3,B5, B6,B7 (Biotin), B9 (Folic Acid), B12

2) mempunyai 100% Biotin (Vitamin B7).
Biotin ni mahal..harganya macam platinum.. sebab tu kebanyakkan manufacturer kurangkan qty
biotin ni..but Shaklee... sememangnya the BEST ada 100% Biotin... jadi sangatla efisien.

3) ada bioactivated system (sistem serapan bioaktif) :
penyaluran zat makanan berpaten untuk meningkatkan penyerapan nutrien penting iaitu asid folik.

Ape fungsi biotin?

1-penting dalam metabolisme karbohidrat,protein dan lemak
2-membentuk hormon
3-membantu mengekalkan kesihatan rambut- cegah rambut beruban,gugur dan kebotakan
4-dapat mencegah terjangkitnya penyakit radang kulit atau dermatitis atau yang pada bayi disebut dengan cradle cap.
5-perlu bagi pertumbuhan sel, pengeluaran asid lemak, dan metabolisme lemak dan asid amino.
6-membantu dalam mengekalkan tahap gula dalam darah mantap.

Ringkasnye: Biotin ni diperlukan untuk penghasilan tenaga serta kesihatan tubuh,kulit dan rambut.

B-Complex



 Sememangnya tak sama ok.. Pilihan di tangan anda untuk memilih yang terbaikk..Saya dah temuinya...

Salam Mahabbah
Nurul Wahidah Yarahim
Shaklee Independent Distributor [ID 887625]
012-6889481



Thursday, 3 January 2013

Rahsia Penyusuan Yang Berjaya

Rahsia Penyusuan Yang Berjaya

1. Berkemahuan dan berkeyakinan untuk menyusui bayi anda:

Sekiranya puan merasa ragu, malu, resah atau cemas, pengeluaran 'oxitosin' boleh terhalang dan ini akan menghalang pengeluaran susu ibu.

2. Memulakan penyusuan secepat mungkin.

Reflex 'rooting' dan sucking (menghisap) bayi lebih kuat dalamasa 1 jam pertama selepas kelahiran. Ini akan merangsang pengeluaran prolaktin dan oxitosin yang menyebabkan pembentukan dan pengeluaran kolesterol. Pengeluargan oxitosin semasa hisapan akan mengecutkan rahim dengan cepat dan ini mengurangakan kejadian pendarahan.

3. Bersama bayi setiap masa (24 jam) " Rooming in"

Kenapa penting ?

Dalam 3 hari pertama, kolestrum akan dikeluarkan. Jumlah kolestrum yang dihasilkan adalah sedikit (20-30 mls) setiap susuan. Tetapi jangan bimbang kerana ia mencukupi untuk keperluan bayi puan. Ia sangat kaya dengan zat makanan dan antibodi.

Dalam tempoh ini, bayi perlu menghisap susu puan sekerap mungkin dan bila-bila masa ia mengdendakki serta selama mana bayi puan mahu. Sekiranya bayi tidur terlalu lama, kejutkan dan susui. Pastikan bayi puan melekap dengan betul dan menyusu di waktu malam. Bayi dan puan akan cepat mengenalpasti kedudukan yang paling selesa (posisi yang baik).

4. Demand feeding.
Kolestrum berubah kepada susu matang selpas dua minggu kelahiran. Susu ibu matang berubah dari masa ke semasa dari hari ke hari dan dari satu susuan ke satu susuan. Bayi yang diberi susu ibu mengikut kemahuan (demand feeding) tidak memerlukan sebarang minuman lain walaupun air bagi 6 bulan pertama. Semakin kerap bayi menyusu, semakin bertambah penghasilan susu. Puan juga perlu menyusukan bayi puan pada bila-bila masa terasa penuh untuk mengelakkan bengkak buah dada.

5. Teknik terbaik penyusuan susu.
Menyusui bayi sambil duduk atau berbaring adalah pilihan puan. Syarat pernting, puan dan bayi pun selesa.

5.1 Bagi memastikan bayi selesa kedudukan bayi mestilah:
• Bayi tenang tidak menangis
• Badan bayi mengadap rapat pada ibu.
• Perut bayi bertemu perut ibu.
• Kepala, leher dan belakang bayi dalam keadaan lurus.
• Muka bayi berhadapan buah dada ibu.
• Punggung bayi diampu.
5.2 Pelekapan yang berkesan; tanda-tandanya.
• Mulut bayi terbuka luas.
• Dagu bayi menyentuh buah dada.
• Bibir bawah bayi dijulurkan keluar.
• Bayi menghisap, berhenti dan menghisap lagi dengan dalam dan perlahan.
• Ibu mungkin mendengar bayi menelan.

5.3 Sekirannya bayi tidak melekap dengan betul.

• Ibu merasa sakit puting semasa dan selepas menyusu.
• Buah dada ibu mungkin bengkak kerana susu tidak dikeluarkan secukupnya.

6. Bagaimana cara meningkatkan penghasilan susu:

• Bayi perlu melekap dengan betul.
• Tidak memberi puting tiruan atau botol susu.
• Tidak memberi apa jua minuman atau makanan selain dari susu ibu sebelum bayi berumur 4 bulan.
• Beri bayi menyusu sekerap yang bayi mahu (demand feeding).
• Beri bayi menyusu sebanyak yang bayi mahu.
• Beri bayi menyusu di waktu malam.
• Makan perlu berkuah, digalakkan makan daun pegaga dan sayur lobak putih.